Salam..
Kisah cinta aku ibarat penderitaan terindah yang paling dicari.Cinta aku terhadap kekasih juga ibarat hadir kerana perkenalan,bersemi kerana perhatian dan bertahan kerana kesetiaan.Namun cinta aku boleh gugur demi pembohongan.Jika kekasihku benar-benar ikhlas mencintaiku dia akan mengharungi apa saja yang mendatang.Tetapi ia tidak berlaku dalam perhubungan kami berdua.Pelbagai alasan diberi untuk tidak mengambil aku sebagai suri hidupnya.Kekasihku juga tidak mempertahankan aku bila berlaku pergaduhan dengan isterinya.Isyarat ini menunjukkan tiadanya kesungguhan kekasihku untuk mengikat tali perhubungan melalui perkahwinan.Jika alasan demi alasan diberikan,ia adalah isyarat nyata bahawa mencintainya ibarat mimpi sehingga aku tertidur selamanya.Tahun demi tahun aku menunggu.Hanya kehampaan dan kekecewaan dialami.Masa berlalu dan aku tidak berpeluang mencari kekasih lain kerana terikat perasaan dengan suami orang.Namun setelah berfikir panjang,akhirnya aku redha akan kententuannya.

Sekian...Orow :-)
Salam...
Entry kali nie Orow nak citer tentang suatu perasaan yang tak dapat Orow bendung sampai sekarang.Perasaan sayang akan sesama makhluk.Maksud Orow perasaan kasih sayang.
Orow nampak kasih sayang hadir dalam pelbagai situasi yg terlihat atau sebaliknya.Contohnya,kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya,kasih sayang pakwe terhadap makwenya,kasih sayang kawan terhadap temannya,kasih sayang guru terhadap anak murid/pelajarnya.Sedangkan haiwan pun ada perasaan kasih sayang...
Kasih sayang ibubapa terhadap anaknya...
( Kasih sayang yang membawa ke syurga,kasih sayang mereka tiada tolok bandingan nya.Si ibu yang bertarung nyawa melahirkan si anak setelah mengandung hampir 9 bulan.Si ayah yang keluar pagi mencari rezeki.Merempuh onak berduri semata2 mencari sesuap nasi demi membesarkan anaknya berlandaskan tulang empat kerat.Si ibu boleh menjaga 10 org anaknya tetapi 10 org anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu.Sering kita dengar kisah2 dimana si ibu dan ayah ditinggal ditepi jalan,tinggal sendirian di rumah usang,dalam keadaan keuzuran sedangkan anak2 mereka bekerja bertaraf tinggi.Pernah Orow terbaca dimana si anak bergaduh berebut harta pada hari pengebumian ibu mereka.Sedangkan tidak ada seorang pun diantara mereka yang menjaga ibu mereka ketika hayat beliau masih ada.Patutkah mereka digelar seorang anak???Nak ngis la plak....waaaaaaaa..Sayangi ibu dan ayah kita selagi mereka masih ada...)
Kasih sayang pakwe terhadap makwenya...
( Kasih sayang yg adakalanya berkekalan hingga ke akhir hayat.Adakalanya terputus ditengah jalan..Kekadang kasih sayang ini bertukar menjadi duri dalam daging..Kasih sayang dalam alam percintaan hanya 50% yg berjaya.Selebihnya musnah dek kerana hawa nafsu yg melonjak...Usikkan si uda yg membara di dalam hati si dara.Tergadai la kesemuanya...
Lebih malang lagi anak kecil yang menjadi mangsa dek kerakusan ibu dan ayah menyulam cinta.Tanda bukti cinta yang haram...hmmmmmmmmmmmm...kisah yang tiada kesudahan...)
Kasih sayang kawan terhadap temannya..
(Teman,sahabat,rakan,taulan,kawan,buddy dll turut warnai kehidupan kita..Berbagai jenis kawan yg kita jumpa..KWN SYG KWN,KWN MKN KWN,KWN TGL KWN,KWN TIKAM KWN....Definisi kawan bagi Orow ialah : seseorang yang boleh dianggap pembantu dalam kehidupan harian..Pembantu dari segi pengkongsian masalah,hal peribadi,sebaliknya...Zaman moden sekarang payah ketemu kawan yg baik dan boleh diharap.Berhati2 selalu mencari kawan..)
Kasih sayang guru terhadap murid/pelajarnya..
(Para guru rakan sekolah turut warnai kehidupan kita..Ilmu ditimba pengalaman bertambah..
Pergaulan sihat peribadi ceria..Sekolah ialah medium antara cikgu dan anak murid/pelajarnya berjumpa..Kelas ialah tempat bercambahnya kasih sayang tetapi bagi sesetengah murid/pelajar,mereka tidak dapat menerima akan kehadiran guru yang garang di dalam hidup mereka.Mereka menganggap guru tersebut hanya suka memarahi mereka.Ini dapat dilihat di sekolah.Pelajar seolah-olah menjauhi guru yang garang : tidak menyenangi guru tersebut dan dapat dilihat dari mata kasar apabila tibanya hari guru.Hanya guru yang baik dengan mereka sahaja yang dapat hadiah.Mereka tidak tahu yang sebenarnya cikgu bukan nya marah akan mereka.Marah itu tandanya cikgu sayang akan mereka dan cikgu mahu mereka menjadi insan yang berguna suatu hari nanti....) Sekian....
APA ERTI KASIH SAYANG BAGI ANDA ...??
- Orow -
Rozana Rasdi