Thursday, May 26

6 JAHANAM

6 JAHANAM VERSI 1969
Di sebuah kampung bernama Pekan Saroja terdapat enam orang lelaki yang membentuk kumpulan Enam Jahanam. Mereka melakukan pelbagai kejahatan seperti merompak, memperkosa dan membunuh penduduk kampung untuk mendapatkan kekayaan dan memuaskan nafsu jahat mereka. Setelah berjaya mengumpul harta yang begitu banyak, mereka bersetuju untuk menghentikan kegiatan jahat mereka dan membawa haluan masing-masing dengan menggunakan kekayaan tersebut. Oleh kerana sifat tamak mereka, kumpulan Enam Jahanam mengambil keputusan untuk melakukan rompakan terakhir mereka di kampung Pekan Menara. Di situ tinggal saudagar Tantari ( P.Ramlee ) bersama isterinya Masmera ( Noor Azizah ). Tantari membuka kedai menjual pakaian dan kain-kain. Pada malam rompakan tersebut, Tantari telah keluar atas urusan perniagaan yang penting. Secara kebetulan, Tantari dan isterinya telah berjanji lebih awal dengan seorang tukang gambar untuk mengambil gambar mereka berdua. Oleh kerana Tantari tiada, Masmera bergambar seorang diri. Ketika tukang gambar memetik kameranya, kumpulan Enam Jahanam masuk ke kedai Tantari dan berjaya dirakam oleh kamera tersebut. Tukang gambar tersebut telah dibunuh dengan kejam sementara Masmera diperkosa dan turut dibunuh. Apabila Tantari pulang, tukang gambar sempat menunjuk ke arah Masmera dan kameranya sebelum dia meninggal dunia. Setelah gambar tersebut dicuci dan dicetak, kelihatan wajah Enam Jahanam yang bertanggungjawab terhadap kematian isterinya. Tantari yang pernah menuntut ilmu pendekar berazam untuk menghapuskan Enam Jahanam berpandukan gambar tersebut. Dalam perjalanannya dia mendapat pertolongan daripada Damburi ( Yosuf Latif ) yang muncul secara mencurigakan...


6 JAHANAM VERSI 2011
Di sebuah kampung bernama Pekan Saroja ( CAM|FROGFM ) terdapat enam orang lelaki yang membentuk kumpulan Enam Jahanam ( Mumbala,Jagindas,Sujama,Katipang,Buragas dan Karambit )Mereka melakukan pelbagai kejahatan seperti merompak, memperkosa dan membunuh penduduk kampung untuk mendapatkan kekayaan dan memuaskan nafsu jahat mereka. Setelah berjaya mengumpul harta yang begitu banyak, mereka bersetuju untuk menghentikan kegiatan jahat mereka dan membawa haluan masing-masing dengan menggunakan kekayaan tersebut. Oleh kerana sifat tamak mereka, kumpulan Enam Jahanam mengambil keputusan untuk melakukan rompakan terakhir mereka di kampung Pekan Menara. Di situ tinggal saudagar Tantari bersama isterinya Masmera.

Pelakon xbertauliah ^_^

_Ic3_L3m0N_T_ = Tantari 
Lovefathenn = Masmera
Abg_KassiM_PoN2 = Katipang
F4ON = Buragas
akhifirdaus13 = Jagindas
jackR6 = Mumbala
labusayong = Karambit
Am4d = Sujama
Jelp Perry = Dhamburi

memang meng " jahanam " kan....

4 comments:

Powered By Blogger

MY ALL

My photo
Gerik, Perak, Malaysia
tentang orow...full name orow - Rozana Rasdi @ Orow Demilai...dilahirkan di Gerik Perak pada tanggal 04/04/1988..berdarah kacukan Siam..anak ke 5 dr 6 adik beradik..rapat ngn abg n mak..suka merajuk..xpandai nak marah orang..mudah terasa..kuat nangis..suka berkawan..mudah menyayangi seseorang..mudah jatuh cinta tp xpernah serius..suka benda2 yg boleh buat ketawa..layan instrumental..mudah berkawan..sayang sape2 yang anggap saudara...suka layan bolly..movie triller...whatever la...

Rozana Rasdi

Rozana Rasdi