Saturday, September 22

Merdeka Raya Si Orow



Selamat Hari Raya Aidilfitri…Maaf Zahir dan Batin….
Merdeka…Merdeka…Merdeka…
Merdeka Raya 2012….

Entry kali nie Orow nak cerita pasal sambutan Merdeka Raya Orow tahun nie.Raya tahun ni ala kadar je..”simple but memorable”tapi dalam ala kadar tu,,kuih raya paling banyak,ada yg buat,ada yang beli,langsir rumah bertukar dah bape tahun xtukar,sarung kusyen pun bertukar..hehehehe…seronok nk cerita…baju raya tahun nie…jeng..jeng..jeng…2 pasang je..1 baju layan tetamu 1 baju monkeywalk…kira2 kos semuanya dalam RM200 lebih…TAPI apa yang Orow suka sgt bila sambut raya…semua ahli keluarga berkumpul jadi satu….susah nk dapat saat camni…”unforgettable moment” la katakan….penat layan tetamu,saudara mara,kawan2,anak2 kecil..hilang bila ia jadi kenangan untuk diingati…SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN…

Merdeka pula Orow frust sikit la bila xde ambang detik 12 malam di TV..dah terpacak depan tv,tup…tup..satu channel pon xde siar ambang 12 malam..frust menonggeng la konon nyer,,,,pada esok malamnya,tgok la perhimpunan besar-besaran di Stadium Bukit Jalil…seronok bila dapat tgok idola2 Orow…Pandalela Rinong,,Yunalis Zaraai,Tun Dr Mahathir(Dr M)..tapi yang Orow xsuka bila ada pihak luar cuba mensabotaj perhimpunan tersebut…sehingga ada yang mewujudkan bendera baru bagi mengantikan JALUR GEMILANG….!!!!
Mereka merupakan golongan yang belum merdeka….hanya merdeka pada fizikal…minda masih di tahap “low slow”…oppss !!! terlebih suda…apa2 pun…Orow bangga lahir di bumi Malaysia…Saya Anak Malaysia….Merdeka..Merdeka..Merdeka…!!!

Sekian
Si Orow..

Friday, August 3

Diari Ramadhan Orow



Hari ni genap 2 minggu umat Islam di muka bumi menjalani ibadah puasa..
Bukan sahaja berpuasa dari lapar dan dahaga,
malah berpuasa nafsu dan segalanya.Tahun ini Orow akan menyambut Ramadhan bersama dengan keluarga kecil Orow.Kehadiran jiran baru begitu bermakna..Dengan adanya mereka,Orow dan keluarga tidak lagi kesunyian..Apabila tibanya Ramadhan,hati ini berdetik lagi..Memikirkan perjalanan hidup Orow..Mampukah Orow meraih kemenangan di Idul-fitri nanti????Mampukah Orow menjalani ibadah puasa dengan sempurna???Adakah diterima ibadah Orow ini???..Segalanya masih menjadi tanda tanya...Siapa Orow disisinya...???Andai ini Ramadhan terakhir Orow,ingin sekali Orow menikmati malam Lailatul-Qadar...??? Kepada teman2 Orow yang diluar sana,anggap Ramadhan kali ini Ramadhan yang terakhir.Lakukan ibadat sebanyak mungkin.Kerana itu menjadi bekalan di akhirat kelak....
Selamat Menjalani Ibadah Puasa 
ikhlas dari Rozana Rasdi

: Orow :

Marhaban ya Ramadhan............. :)

Saturday, June 30

Happy Abah Day..


Salam...
Oppsss !!! Lambat update entry kali nie,,,,
Hari Bapa tahun nie jatuh pada tanggal 17/6/2012
Alhamdulilah tahun nie Orow masih lagi berpeluang
menyambut hari bapa dengan abah kesayangan Orow
RASDI B. LATEH , 64 tahun
suami kepada KHATIJAH BT. TALIB,
abah kepada 7 cahaya mata...
tahun nie Orow tiada apa2 untuk abah Orow..
Cuma nurkilan ikhlas dari Orow..

Abah..
terima kasih...
kerana....
telah membesarkan kami...
6 beradik...

Abah...
kadangkala hati abah...
terguris akan sikap kami....
namun itu satu gurauan bagi abah...

Abah...
Keringatmu yang menitis…
Menyembah bukit,
Merentas hutan belantara..
Menuai sawah terbentang…
Semata2 demi sesuap nasi
Kami semua….

Abah…
Penat lelah mu..
Tiada kami mengerti…
Kau gagahkan diri abah…
Demi..
Sekolah kan kami semua…
Ilmu jadi buruan….
Harta hanya bekalan di dunia…
Azimatmu selamanya jadi pegangan
 Kami…

Terima Kasih Abah….

Mak ngn Abah


Hehehehehe…..nurkilan ciput Orow ni istimewa untuk Abah…
Selamat Hari Bapa buat semua yang bergelar Bapa….



Friday, June 8

Cinta Baru

Salam..
Entry baru selepas kehadiran cinta baru.
Kehadiran cinta baru kali ini bukanlah suka-suka semata-mata.
Orow boleh anggap dia sebagai  satu anugerah dari Tuhan.
Dulu Orow dah nekad tidak mahu fikir pasal cinta,
Orow nak fikirkan pasal kerja dan komitmen lain...
Namun kehadiran cinta baru ini mengubah semuanya.
Sekali bertemu mata terus ke hati.
Cinta pandang pertama la kot.
Jarak umur kami pun xjauh.
5 tahun je ! dia 1983 orow 1988.
Dia mengajar Orow untuk bersikap dan berfikir cara matang.
Dia mahu Orow bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yg bakal terjadi.
Jangan berdendam,jangan cepat melatah akan sesuatu keburukan.
Jangan masuk campur tangan hal yg bukan2.
Dahulukan keluarga dalam apa2 hal..
Sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan pada Orow amatlah menyentuh hati.
Selalu mengingatkan Orow yang dunia bukan selamanya.
Banyak lagi la nasihat yang dia bagi pada Orow.
Terima kasih tuhan kerana telah sempurnakan
Telah engkau ciptakan dia untuk Orow.
He makes my life perfect...


Monday, May 14

Selamat Hari Ibu

Salam..
Selamat hari ibu buat semua ibu di dunia...
Orow nak wish untuk ibu orow ~ kHATIJAH BT TALIB.
sayang mak sangat2...
terima kasih kerana melahirkan saya seadanya...
terima kasih banyak2 kerana sudi menemani RASDI B. LATEH...ayah Orow...
tQ a lot mums....love you..
Rasdi & Khatijah.

Monday, May 7

Kekasihku Suamimu

Salam..
Kisah cinta aku ibarat penderitaan terindah yang paling dicari.Cinta aku terhadap kekasih juga ibarat hadir kerana perkenalan,bersemi kerana perhatian dan bertahan kerana kesetiaan.Namun cinta aku boleh gugur demi pembohongan.Jika kekasihku benar-benar ikhlas mencintaiku dia akan mengharungi apa saja yang mendatang.Tetapi ia tidak berlaku dalam perhubungan kami berdua.Pelbagai alasan diberi untuk tidak mengambil aku sebagai suri hidupnya.Kekasihku juga tidak mempertahankan aku bila berlaku pergaduhan dengan isterinya.Isyarat ini menunjukkan tiadanya kesungguhan kekasihku untuk mengikat tali perhubungan melalui perkahwinan.Jika alasan  demi alasan diberikan,ia adalah isyarat nyata bahawa mencintainya ibarat mimpi sehingga aku tertidur selamanya.Tahun demi tahun aku menunggu.Hanya kehampaan dan kekecewaan dialami.Masa berlalu dan aku tidak berpeluang mencari kekasih lain kerana terikat perasaan dengan suami orang.Namun setelah berfikir panjang,akhirnya aku redha akan kententuannya.



Sekian...Orow :-)

Tuesday, March 13

Kasih Sayang

Salam...
Entry kali nie Orow nak citer tentang suatu perasaan yang tak dapat Orow bendung sampai sekarang.Perasaan sayang akan sesama makhluk.Maksud Orow perasaan kasih sayang.
Orow nampak kasih sayang hadir dalam pelbagai situasi yg terlihat atau sebaliknya.Contohnya,kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya,kasih sayang pakwe terhadap makwenya,kasih sayang kawan terhadap temannya,kasih sayang guru terhadap anak murid/pelajarnya.Sedangkan haiwan pun ada perasaan kasih sayang...
Kasih sayang ibubapa terhadap anaknya...
( Kasih sayang yang membawa ke syurga,kasih sayang mereka tiada tolok bandingan nya.Si ibu yang bertarung nyawa melahirkan si anak setelah mengandung hampir 9 bulan.Si ayah yang keluar pagi mencari rezeki.Merempuh onak berduri semata2 mencari sesuap nasi demi membesarkan anaknya berlandaskan tulang empat kerat.Si ibu boleh menjaga 10 org anaknya tetapi 10 org anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu.Sering kita dengar kisah2 dimana si ibu dan ayah ditinggal ditepi jalan,tinggal sendirian di rumah usang,dalam keadaan keuzuran sedangkan anak2 mereka bekerja bertaraf tinggi.Pernah Orow terbaca dimana si anak bergaduh berebut harta pada hari pengebumian ibu mereka.Sedangkan tidak ada seorang pun diantara mereka yang menjaga ibu mereka ketika hayat beliau masih ada.Patutkah mereka digelar seorang anak???Nak ngis la plak....waaaaaaaa..Sayangi ibu  dan ayah kita selagi mereka masih ada...)
Kasih sayang pakwe terhadap makwenya...
( Kasih sayang yg adakalanya berkekalan hingga ke akhir hayat.Adakalanya terputus ditengah jalan..Kekadang kasih sayang ini bertukar menjadi duri dalam daging..Kasih sayang dalam alam percintaan  hanya 50% yg berjaya.Selebihnya musnah  dek kerana hawa nafsu yg melonjak...Usikkan si uda yg membara di dalam hati si dara.Tergadai la kesemuanya...
Lebih malang lagi anak kecil yang menjadi mangsa dek kerakusan ibu dan ayah menyulam cinta.Tanda bukti cinta yang haram...hmmmmmmmmmmmm...kisah yang tiada kesudahan...)
Kasih sayang kawan terhadap temannya..
(Teman,sahabat,rakan,taulan,kawan,buddy dll turut warnai kehidupan kita..Berbagai jenis kawan yg kita jumpa..KWN SYG KWN,KWN MKN KWN,KWN TGL KWN,KWN TIKAM KWN....Definisi kawan  bagi Orow ialah : seseorang yang boleh dianggap pembantu dalam kehidupan harian..Pembantu dari segi pengkongsian masalah,hal peribadi,sebaliknya...Zaman moden sekarang payah ketemu kawan yg baik dan boleh diharap.Berhati2 selalu mencari kawan..)
Kasih sayang guru terhadap murid/pelajarnya..
(Para guru rakan sekolah turut warnai kehidupan kita..Ilmu ditimba pengalaman bertambah..
Pergaulan sihat peribadi ceria..Sekolah ialah medium antara cikgu dan anak murid/pelajarnya berjumpa..Kelas ialah tempat bercambahnya kasih sayang tetapi bagi sesetengah murid/pelajar,mereka tidak dapat menerima akan kehadiran guru yang garang di dalam hidup mereka.Mereka menganggap guru tersebut hanya suka memarahi mereka.Ini dapat dilihat di sekolah.Pelajar seolah-olah menjauhi guru yang garang : tidak menyenangi guru tersebut dan dapat dilihat dari mata kasar apabila tibanya hari guru.Hanya guru yang baik dengan mereka sahaja yang dapat hadiah.Mereka tidak tahu yang sebenarnya cikgu bukan nya marah akan mereka.Marah itu tandanya cikgu sayang akan mereka dan cikgu mahu mereka menjadi insan yang berguna suatu hari nanti....) Sekian....


APA ERTI KASIH SAYANG BAGI ANDA ...??
- Orow -
Rozana Rasdi

Powered By Blogger

MY ALL

My photo
Gerik, Perak, Malaysia
tentang orow...full name orow - Rozana Rasdi @ Orow Demilai...dilahirkan di Gerik Perak pada tanggal 04/04/1988..berdarah kacukan Siam..anak ke 5 dr 6 adik beradik..rapat ngn abg n mak..suka merajuk..xpandai nak marah orang..mudah terasa..kuat nangis..suka berkawan..mudah menyayangi seseorang..mudah jatuh cinta tp xpernah serius..suka benda2 yg boleh buat ketawa..layan instrumental..mudah berkawan..sayang sape2 yang anggap saudara...suka layan bolly..movie triller...whatever la...

Rozana Rasdi

Rozana Rasdi