Saturday, June 11

Sebuah Kehilangan..

Sebuah kehilangan..
Aku terpana
Apabila suara angin berbisik
Sayu...
Berhembus membawa berita...
Akan sebuah kehilangan
Bukan sebagaimana biasanya sebuah citra fitrah
Tetapi kerana sayangnya Yang Esa buat dirimu
Lalu dipanggilnya dirimu terawal dariku
Air mata kering disapu angin
Sengaja tak ku seka
Ku biarkan sahaja ia mengalir
Kerana aku masih mahu terus begini
Mengenang dikau yang telah pergi
Aku redha kini
Kerana aku amat sedar
Allah itu Maha Tahu
Allah itu Maha Adil
Kerana hembusan angin itu
Menjadi tinta yang tercurah dibenak ragaku
Bahawa aku kini mula tahu
Sebuah kehilangan, sebenarnya begitu pilu
Sebuah kehilangan mengajar ku erti hamba
Sebuah kehilangan mengajar aku siapa Rasul
Sebuah kehilangan menunjukkan aku ke jalan-Nya
Sebuah kehilangan mendekatkan diriku pada Yang Esa
Sebuah kehilangan buatku terus berdoa
      Sebuah kehilangan mengajarku 
mana kasih manusia,
mana kasih Pencipta
Ah, tak sedar...
Bila terfikir semula, kehilangan yang begitu menyiksa
Rupanya sebuah anugerah dari Yang Esa
Kehilangan - Firman

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger

MY ALL

My photo
Gerik, Perak, Malaysia
tentang orow...full name orow - Rozana Rasdi @ Orow Demilai...dilahirkan di Gerik Perak pada tanggal 04/04/1988..berdarah kacukan Siam..anak ke 5 dr 6 adik beradik..rapat ngn abg n mak..suka merajuk..xpandai nak marah orang..mudah terasa..kuat nangis..suka berkawan..mudah menyayangi seseorang..mudah jatuh cinta tp xpernah serius..suka benda2 yg boleh buat ketawa..layan instrumental..mudah berkawan..sayang sape2 yang anggap saudara...suka layan bolly..movie triller...whatever la...

Rozana Rasdi

Rozana Rasdi